Selasa, 28 Februari 2017

Nombor Careline Telco di Malaysia

Nombor Careline Telco di Malaysia

No Careline Telco Di Malaysia. Semoga dapat membantu proses Port In ahli dan pengguna baru anda.

Celcom 1111 (No Celcom) 1300111000 +60336308888 Check Baki Kredit: *124#

Maxis 123 (No Maxis) 1800821123 Check Baki Kredit: *122# Semak No IC: taip No.IC & sms ke 22011

Digi 016221180 0162998888 Check Baki Kredit: *126# Semak No IC: taip CHECKID <jarak> No.IC & sms ke 20000

UMobile +60183881318 Check Baki Kredit: *118*8# Semak No IC: taip VERIFY <jarak> No.IC & sms ke 28011

Tune Talk 13100 0327720000 037940000 Check Baki Kredit: *133# Tone Excel & Tone Plus Tel: 03-90543809 0105000969 0105333969 03-2772 0000; 13100 from your mobile (8am - 10pm) Check Baki Kredit: *133#

Redone 1909 (No Redone) 1800110800 Check Baki Kredit: *123#
Redtone 1800877770 Check Baki Kredit: Call 1909 sms: BAL SP & hantar ke 0192769433 / 0163353099

Happy 0143333800 Check Baki Kredit: *126#

Ytlcomms 0187998888

Altel 13388 (No Altel) 0326133888 Check Baki Kredit: *124#

OneXOX 12273 (Call free drpd no OneXOX) 1300888010 Check Baki Kredit: *132#

Buzzme 0327278922 Check Baki Kredit: *126#

Tron 0362758233 1300800188 Check Baki Kredit: *129*1*2#

Friendi 01138123456

Clixster 01122113311 Check Baki Kredit: *126# (SILA SIMPAN UTK KEMUDAHAN PERTANYAAN MAKLUMAT PERIBADI)

Isnin, 20 Februari 2017

Kursus usahawan sen2 baru.

12 NASIHAT UNTUK USAHAWAN BARU

Sepanjang dua tahun ini, saya bertemu dengan ramai usahawan baru. Banyak yang berjaya, ramai juga yang bungkus. Apakah yang saya belajar dari mereka?

1. Fokus dengan satu idea bisnes saja. Buat sampai jadi. Boleh modify idea, tetapi usah keluar dari bisnes tersebut. Apa yang saya perhatikan ialah ramai usahawan baru mudah mengalah apabila timbul sedikit cabaran.

2. Cukup ramai usahawan bertukar kepada bisnes baru, sedangkan bisnes sedia ada belum berkembang. Akhirnya, mereka melompat dari satu bisnes ke satu bisnes - seperti monyet yang melompat dari satu dahan ke satu dahan. Ini tanda orang yang mempunyai survival skill yang rendah. Nak buat bisnes, kena mempunyai ketahanan mental yang tinggi.

3. Usahawan boleh pelbagaikan (diversify) bisnes untuk uruskan risiko dengan baik. Itu tak ada masalah. Cuma, usah pelbagaikan bisnes pada peringkat permulaan. Apabila bisnes pertama menjadi, baru mulakan bisnes kedua.

4. Apabila kita memilih untuk berbisnes, tanggungjawab membangunkan bisnes terletak atas bahu kita. Usah harapkan agensi kerajaan, ibu bapa atau kawan-kawan untuk menjadikannya berjaya. Kalau ada sokongan, itu bonus. Kalau tak ada, kita berenang sendiri. Usah tuding jari kepada orang lain.

5. Sebahagian besar usahawan memulakan bisnes dengan tak jelas business model. Dia nampak orang lain buat bisnes, dia pun nak buat bisnes juga. Walau apa pun bisnes, pastikan kita jelas business model. Kalau tak faham, belajar. Kalau tak tahu, tanya.

6. Ramai mencurah modal yang besar tanpa melakukan idea validation. Betul, kita ada idea yang bagus. Persoalannya ialah adakah idea itu mesra pasaran? Adakah pelanggan akan membeli idea tersebut. Nasihat saya ialah usah curah modal besar tanpa melakukan idea validation.

7. Bercakap mengenai validation, saya berpendapat ada dua perkara yang semua usahawan kena validate. Pertama, kena validate produk atau perkhidmatan. Banyak cara boleh dilakukan, termasuklah dengan cara minimum viable product. Buat sedikit (tak sempurna pun tak mengapa), kemudian dapatkan respon pengguna sasaran. Dari situ, buat adjustment dan mantapkan lagi produk atau perkhidmatan.

8. Kedua, selain validate produk, usahawan mesti validate business model. Ada kala produk bagus dan disambut baik oleh pelanggan sasaran. Namun, tanpa business model yang baik, usahawan akan hadapi kesukaran menguruskan bisnes dan mengoptimumkan keuntungan.

9. Usahawan mesti bermain dengan angka. Semua perkara mesti berasaskan angka. Kalau kita kata, "produk ini dapat sambutan baik," berapakah angka sambutan baik itu? Berapa peratuskah peningkatan jualan berbanding sebelumnya (baseline)? Adakah 10%, atau 30% atau 100%? Kalau kita kata bisnes ini untung, berapakah keuntungan? Adakah RM100,000, atau RM10,000, atau RM1,000? Nyatakan secara spesifik. Usah bercakap secara kabur. Bisnes ialah pengurusan angka.

10. Untuk peringkat awal, biar bisnes berkembang secara organik. Dalam bahasa yang mudah, berkembang menggunakan keuntungan sedia ada. Simpan keuntungan dan laburkan semula sebagai modal bisnes. Selepas beberapa lama, apabila business model itu telah diuji (dan terbukti berjaya), dan produk mendapat sambutan, barulah dapatkan pembiayaan luar (dari agensi atau bank). Buat pinjaman hanya untuk scale-up, bukan memulakan bisnes.

11. Elak melenting apabila pelanggan berikan maklumbalas. Kita buat bisnes kerana nak selesaikan "masalah" pelanggan. Apabila pelanggan kata produk atau perkhidmatan yang kita tawarkan itu tidak menyelesaikan masalah mereka, terima sajalah. Kalau nak teruskan dengan idea bisnes itu, pastikan kita dapat lebih banyak respon positif berbanding negatif. Sekiranya tidak, elok fikir semula.

12. Usah gila dengan istilah yang kelihatan seperti hipster di media sosial. Fokus kepada bangunkan business model, validate produk / perkhidmatan dan pasaran. Biarlah "sifu" dengan dunia mereka. Kita bina empayar kita!

Rabu, 8 Februari 2017

Kenali Pemilik TELCO di Malaysia

KENALI PEMILIK TELCO DI MALAYSIA

CELCOM
▪Ditubuhkan pada tahun 1988.
▪CEO Dato Sri Shazzaly Ramly dan kini diambil alih oleh Michael Kuehner
▪Merupakan syarikat telco tertua di Malaysia

MAXIS
▪Diasaskan pada tahun 1993
▪CEO Ananda Krishnan
▪Pengendali perkhidmatan telefon bimbit yang terbesar di Malaysia

DIGI
▪Dilancarkan pada tahun 1995
▪CEO Morten Lundal
▪Syarikat telekomunikasi pertama di Malaysia yg melancarkan dan mengendalikan rangkaian selular yang digital sepenuhnya.

U MOBILE
▪Ditubuhkan pada tahun 1998
▪CEO Tan Sri Vincent Tan

XOX
▪Ditubuhkan pada tahun 2005
▪CEO Dato Eddie Chai
▪Pengendali Rangkaian Mudah Alih Maya (MVNO) kepada Celcom

ONE XOX
▪Dilancarkan pada tahun 2014
▪Merupakan anak syarikat XOX SDN BHD
▪CEO Bobby Farid

REDONE
▪Ditubuhkan pada tahun 2008 dengan nama REDTONE
▪Penjenamaan semula pelan pascabayar pada tahun 2012
▪CEO Dato Farid Yunus

TUNE TALK
▪Dilancarkan pada tahun 2009
▪CEO Jason Lo
TUNE EXCEL
▪Dilancarkan pada tahun 2010
TONE PLUS
▪Ditubuhkan  pada tahun 2012

TE & TP dibawah syarikat TONEGROUP SDN BHD sebagai perniagaan Program Rujukan ( Referral Program)

ALTEL
▪Dilancarkan pada tahun 2015
▪CEO Tan Sri Syed Mokhtar Al-BUkhary

TRON
▪Ditubuhkan pada tahun 2010
▪CEO Dato Sri Dr. Eric Yap
▪MVNO kepada DIGI

TRONEXUS
▪Dilancarkan pada 17 Julai 2016
▪Merupakan anak syarikat Tron Sdn Bhd

Sedikit kemaskini pengubahsuaian maklumat:

* Bukan semua Ceo adalah pemilik.

*celcom adalah GLC company, dimiliki oleh beberapa sykt termasuk sykt kerajaan.

*Redtone pemiliknya Ben Teh, hanya memegang jawatan COO.

*Umobile: sahamnya telah byk dijual kpd sykt S'pore & sultan Johor. Vincent Tan lebih penempuan kpd 7E skrg ni.