Jumaat, 17 Jun 2016

# BANK ISLAM - ONEXOX (UPDATE) ##

# BANK ISLAM - ONEXOX (UPDATE) ## 2016-06-16 16:30:04
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Lanjutan daripada pengumuman berkenaan Kad Debit Bank Islam(BIMB) - Onexox, terdapat beberapa perkara yang telah dikemaskini bagi memudahkan tindakan tuan & puan sekalian.

1 - Satu menu baharu akan diwujudkan dalam portal Onesys untuk semua pengguna Onexox yang telah tersalah klik "TIDAK" pada terma & syarat yang dipaparkan bermula semalam. Anda boleh mengemaskini permohonan "Kad Debit Visa Onexox & Bank Islam" apabila menu baharu Onesys ini diwujudkan bermula Isnin depan.

2 - Bagi pengguna yang telah klik "YA" pada paparan terma & syarat, terima kasih diucapkan. Bermula Isnin, Onesys akan memaparkan popup bagi anda mengemaskini maklumat peribadi bagi proses pendaftaran "Kad Debit Visa Onexox & Bank Islam".

Semoga maklumat ini dapat disampaikan kepada semua pengguna setia Onexox bagi melancarkan kerjasama ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan