## SKMM - AKTIVITI AUDIT PREPAID ## 2016-05-19 15:20:10
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
PERHATIAN KPD SEMUA PENGEDAR ONEXOX ! ! !
Sila ambil maklum bahawa pihak Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia(SKMM) akan menjalankan aktiviti audit prepaid secara besar-besaran di kawasan Utara Semenanjung melibatkan negeri PERLIS, KEDAH, PULAU PINANG & PERAK bermula pd tarikh 23 - 27 Mei 2016.
Sehubungan itu, ONEXOX Sdn Bhd memohon kerjasama para pengedar untuk MEMATUHI setiap SOP pendaftaran pengguna yang telah ditetapkan oleh SKMM.
Sila pastikan ;
1 - Anda mengesahkan MyKad / Passport asal pembeli.
2 - Pembeli tidak boleh mewakilkan orang lain untuk menunjukkan MyKad / Pasport.
3 - Pengguna berumur 12 tahun ke atas (user) & pengedar berumur 18 tahun ke atas (subdealer).
4 - harga simkad yg dipamerkan tidak melebihi daripada RM10.
Sebarang kesalahan yang dikesan oleh SKMM akan menyebabkan pengedar yg terlibat didenda RM50,000 dan akaun beliau akan diterminate serta-merta.
Diharapkan maklumat ini dapat disampaikan kepada semua pengedar ONEXOX.
Sekian terima kasih.
#onexox #otwao
Tiada ulasan:
Catat Ulasan