Memaparkan catatan dengan label arahan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label arahan. Papar semua catatan

Sabtu, 21 Mei 2016

Skmm bersama dealer

## SKMM - AKTIVITI AUDIT PREPAID ## 2016-05-19 15:20:10
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

PERHATIAN KPD SEMUA PENGEDAR ONEXOX ! ! !

Sila ambil maklum bahawa pihak Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia(SKMM) akan menjalankan aktiviti audit prepaid secara besar-besaran di kawasan Utara Semenanjung melibatkan negeri PERLIS, KEDAH, PULAU PINANG & PERAK bermula pd tarikh 23 - 27 Mei 2016.

Sehubungan itu, ONEXOX Sdn Bhd memohon kerjasama para pengedar untuk MEMATUHI setiap SOP pendaftaran pengguna yang telah ditetapkan oleh SKMM.

Sila pastikan ;
1 - Anda mengesahkan MyKad / Passport asal pembeli.
2 - Pembeli tidak boleh mewakilkan orang lain untuk menunjukkan MyKad / Pasport.
3 - Pengguna berumur 12 tahun ke atas (user) & pengedar berumur 18 tahun ke atas (subdealer).
4 - harga simkad yg dipamerkan tidak melebihi daripada RM10.

Sebarang kesalahan yang dikesan oleh SKMM akan menyebabkan pengedar yg terlibat didenda RM50,000 dan akaun beliau akan diterminate serta-merta.

Diharapkan maklumat ini dapat disampaikan kepada semua pengedar ONEXOX.

Sekian terima kasih.

‪#‎onexox‬ ‪#‎otwao

Rabu, 4 Mei 2016

Elak salahguna kontrak

Untuk makluman semua, kebelakangan ini terdapat banyak pendaftaran pengedar baharu yang menyalahgunakan akses DREG & Onesys bagi tujuan sabotaj & salahguna simkad. Oleh itu, pihak HQ telah menubuhkan sebuah sistem dan satu pasukan khas bagi memantau pendaftaran pengedar baharu serta penerimaan borang kontrak.

Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, sekali lagi diingatkan kepada SEMUA PENGEDAR SAH ONEXOX agar menghantar LAMPIRAN NRIC & BORANG KONTRAK SUB-PENIAGA(BERTANDATANGAN) ke submit@onexox.my dalam tempoh 14 hari selepas pendaftaran.

Format email :

Subject : KONTRAK DYSD77333

ID Pelantik : DYSD55333
Nama SD baharu : Rashad Bin Rashid 
ID / DREG SD baharu : DYSD77333 / 0106333355

Kegagalan untuk menghantar dokumen di atas akan menyebabkan ;

Kali pertama - Akses pengedar di gantung dan diberikan masa 7 hari anjakan untuk submit dan sekiranya masih gagal, akses akan dibatalkan terus.

Kali ke-2 - Pelantik akan dikenakan kompaun denda RM100 bagi setiap lantikan dan diberikan masa 7 hari anjakan untuk submit dan sekiranya masih gagal, akses akan dibatalkan terus.

Kali ke-3 - Akses pengedar dibatalkan terus.

Untuk makluman

SILA AMBIL PERHATIAN & SEBARKAN. Terima kasih.

‪#‎outthereweareone‬ ‪#

Nota:
Kebelakangan ini pengedar baru.‎

Aktiviti penguatkuasaan skmm

8Page 9Page 10Page 11Page 12Page 13Page 14
1.
## SKMM - AKTIVITI PEMANTAUAN PREPAID ## 2016-05-04 16:32:08
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
 
PERHATIAN BUAT SEMUA PENGEDAR ONEXOX ! ! !
 
Bermula 1 MEI 2016, Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia(SKMM) akan membuat pemantauan rambang secara besar-besaran di negeri PERLIS, KEDAH, PULAU PINANG & PERAK.
 
Sehubungan itu, ONEXOX Sdn Bhd merayu kerjasama para pengedar untuk menjalankan aktiviti pendaftaran SP / MNP / SRP mengikut piawaian terkini yang ditetapkan oleh SKMM.
 
Pastikan anda menyemak ;
 
1 - MyKad / Pasport asal pembeli.
2 - Pembeli tidak boleh mewakilkan orang lain untuk menunjukkan MyKad / Pasport.
3 - Umur 12 tahun ke atas(user) & 18 tahun ke atas(subdealer).
4 - Dilarang mempamerkan harga simkad selain daripada RM10.
 
Sebarang kesalahan yang dikesan oleh SKMM akan menyebabkan denda RM50,000 dan akaun pengedar terlibat akan ditutup serta-merta.
 
DIharapkan maklumat ini dapat disampaikan kepada semua pengedar terutama di kawasan utara semenanjung Malaysia. Sekian terima kasih. #onexox#otwao