Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
SILA AMBIL PERHATIAN. WALAU DI MANA ANDA BERNIAGA, WALAU APA KEADAAN SEKALIPUN, JANGAN SESEKALI BUAT PENDAFTARAN JIKA BAKAL USER GAGAL MENUNJUKKAN ID(IC, passport dll).
Untuk makluman semua warga pengedar yang dihormati, SKMM sedang giat membuat aktiviti "Mystery Shopper" di seluruh negara. Modus operandi mereka ialah datang ke premis Onexox, berlakon seperti orang awam ingin membeli nombor SP. Apabila dealer meminta IC, mereka memberikan seribu satu alasan sehingga memperdaya dealer untuk meneruskan pendaftaran. Beberapa hari kemudian, pegawai SKMM datang semula dan memberi surat "Arahan Kehadiran" ke balai polis berdekatan untuk memberi kenyataan berhubung kesalahan "membuat pendaftaran palsu".
SILA BERHATI-HATI. Sekiranya masih ada pengedar yang gagal menuruti arahan ini, pihak syarikat tidak teragak-agak untuk membeku/menamatkan kontrak pengedar anda. Harap maklum. Sekian terima kasih.
Jumaat, 17 Mac 2017
Skmm sedang giat aktiviti
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan