Isnin, 20 Februari 2017

Kursus usahawan sen2 baru.

12 NASIHAT UNTUK USAHAWAN BARU

Sepanjang dua tahun ini, saya bertemu dengan ramai usahawan baru. Banyak yang berjaya, ramai juga yang bungkus. Apakah yang saya belajar dari mereka?

1. Fokus dengan satu idea bisnes saja. Buat sampai jadi. Boleh modify idea, tetapi usah keluar dari bisnes tersebut. Apa yang saya perhatikan ialah ramai usahawan baru mudah mengalah apabila timbul sedikit cabaran.

2. Cukup ramai usahawan bertukar kepada bisnes baru, sedangkan bisnes sedia ada belum berkembang. Akhirnya, mereka melompat dari satu bisnes ke satu bisnes - seperti monyet yang melompat dari satu dahan ke satu dahan. Ini tanda orang yang mempunyai survival skill yang rendah. Nak buat bisnes, kena mempunyai ketahanan mental yang tinggi.

3. Usahawan boleh pelbagaikan (diversify) bisnes untuk uruskan risiko dengan baik. Itu tak ada masalah. Cuma, usah pelbagaikan bisnes pada peringkat permulaan. Apabila bisnes pertama menjadi, baru mulakan bisnes kedua.

4. Apabila kita memilih untuk berbisnes, tanggungjawab membangunkan bisnes terletak atas bahu kita. Usah harapkan agensi kerajaan, ibu bapa atau kawan-kawan untuk menjadikannya berjaya. Kalau ada sokongan, itu bonus. Kalau tak ada, kita berenang sendiri. Usah tuding jari kepada orang lain.

5. Sebahagian besar usahawan memulakan bisnes dengan tak jelas business model. Dia nampak orang lain buat bisnes, dia pun nak buat bisnes juga. Walau apa pun bisnes, pastikan kita jelas business model. Kalau tak faham, belajar. Kalau tak tahu, tanya.

6. Ramai mencurah modal yang besar tanpa melakukan idea validation. Betul, kita ada idea yang bagus. Persoalannya ialah adakah idea itu mesra pasaran? Adakah pelanggan akan membeli idea tersebut. Nasihat saya ialah usah curah modal besar tanpa melakukan idea validation.

7. Bercakap mengenai validation, saya berpendapat ada dua perkara yang semua usahawan kena validate. Pertama, kena validate produk atau perkhidmatan. Banyak cara boleh dilakukan, termasuklah dengan cara minimum viable product. Buat sedikit (tak sempurna pun tak mengapa), kemudian dapatkan respon pengguna sasaran. Dari situ, buat adjustment dan mantapkan lagi produk atau perkhidmatan.

8. Kedua, selain validate produk, usahawan mesti validate business model. Ada kala produk bagus dan disambut baik oleh pelanggan sasaran. Namun, tanpa business model yang baik, usahawan akan hadapi kesukaran menguruskan bisnes dan mengoptimumkan keuntungan.

9. Usahawan mesti bermain dengan angka. Semua perkara mesti berasaskan angka. Kalau kita kata, "produk ini dapat sambutan baik," berapakah angka sambutan baik itu? Berapa peratuskah peningkatan jualan berbanding sebelumnya (baseline)? Adakah 10%, atau 30% atau 100%? Kalau kita kata bisnes ini untung, berapakah keuntungan? Adakah RM100,000, atau RM10,000, atau RM1,000? Nyatakan secara spesifik. Usah bercakap secara kabur. Bisnes ialah pengurusan angka.

10. Untuk peringkat awal, biar bisnes berkembang secara organik. Dalam bahasa yang mudah, berkembang menggunakan keuntungan sedia ada. Simpan keuntungan dan laburkan semula sebagai modal bisnes. Selepas beberapa lama, apabila business model itu telah diuji (dan terbukti berjaya), dan produk mendapat sambutan, barulah dapatkan pembiayaan luar (dari agensi atau bank). Buat pinjaman hanya untuk scale-up, bukan memulakan bisnes.

11. Elak melenting apabila pelanggan berikan maklumbalas. Kita buat bisnes kerana nak selesaikan "masalah" pelanggan. Apabila pelanggan kata produk atau perkhidmatan yang kita tawarkan itu tidak menyelesaikan masalah mereka, terima sajalah. Kalau nak teruskan dengan idea bisnes itu, pastikan kita dapat lebih banyak respon positif berbanding negatif. Sekiranya tidak, elok fikir semula.

12. Usah gila dengan istilah yang kelihatan seperti hipster di media sosial. Fokus kepada bangunkan business model, validate produk / perkhidmatan dan pasaran. Biarlah "sifu" dengan dunia mereka. Kita bina empayar kita!

Rabu, 8 Februari 2017

Kenali Pemilik TELCO di Malaysia

KENALI PEMILIK TELCO DI MALAYSIA

CELCOM
▪Ditubuhkan pada tahun 1988.
▪CEO Dato Sri Shazzaly Ramly dan kini diambil alih oleh Michael Kuehner
▪Merupakan syarikat telco tertua di Malaysia

MAXIS
▪Diasaskan pada tahun 1993
▪CEO Ananda Krishnan
▪Pengendali perkhidmatan telefon bimbit yang terbesar di Malaysia

DIGI
▪Dilancarkan pada tahun 1995
▪CEO Morten Lundal
▪Syarikat telekomunikasi pertama di Malaysia yg melancarkan dan mengendalikan rangkaian selular yang digital sepenuhnya.

U MOBILE
▪Ditubuhkan pada tahun 1998
▪CEO Tan Sri Vincent Tan

XOX
▪Ditubuhkan pada tahun 2005
▪CEO Dato Eddie Chai
▪Pengendali Rangkaian Mudah Alih Maya (MVNO) kepada Celcom

ONE XOX
▪Dilancarkan pada tahun 2014
▪Merupakan anak syarikat XOX SDN BHD
▪CEO Bobby Farid

REDONE
▪Ditubuhkan pada tahun 2008 dengan nama REDTONE
▪Penjenamaan semula pelan pascabayar pada tahun 2012
▪CEO Dato Farid Yunus

TUNE TALK
▪Dilancarkan pada tahun 2009
▪CEO Jason Lo
TUNE EXCEL
▪Dilancarkan pada tahun 2010
TONE PLUS
▪Ditubuhkan  pada tahun 2012

TE & TP dibawah syarikat TONEGROUP SDN BHD sebagai perniagaan Program Rujukan ( Referral Program)

ALTEL
▪Dilancarkan pada tahun 2015
▪CEO Tan Sri Syed Mokhtar Al-BUkhary

TRON
▪Ditubuhkan pada tahun 2010
▪CEO Dato Sri Dr. Eric Yap
▪MVNO kepada DIGI

TRONEXUS
▪Dilancarkan pada 17 Julai 2016
▪Merupakan anak syarikat Tron Sdn Bhd

Sedikit kemaskini pengubahsuaian maklumat:

* Bukan semua Ceo adalah pemilik.

*celcom adalah GLC company, dimiliki oleh beberapa sykt termasuk sykt kerajaan.

*Redtone pemiliknya Ben Teh, hanya memegang jawatan COO.

*Umobile: sahamnya telah byk dijual kpd sykt S'pore & sultan Johor. Vincent Tan lebih penempuan kpd 7E skrg ni.

Selasa, 31 Januari 2017

Panduan MNP Ke ONEXOX (Kekalkan Nombor)

Ulang-ulang peringatan

Panduan MNP Ke ONEXOX (Kekalkan Nombor)
Berikut kami sediakan panduan MNP (Kekalkan Nombor Lama) ke Onexox.
Pelanggan Pasca Bayar (POST PAID) :
Pastikan anda ialah pemilik akaun.
Langganan dalam keadaan aktif tanpa sebarang tunggakan bil dan tidak terikat dengan kontrak oleh penyedia rangkaian sedia ada.
Anda mestilah menjelaskan segala bil terkini sebelum memohon MNP. Bayar bil terkini lebihkan sedikit bayaran RM3 ke atas bergantung pada penggunaan sebab proses MNP ambil masa 1 – 5 hari waktu bekerja.
Bebas kontrak – Anda tidak melanggan melalui pakej promosi telefon atau pakej promosi istimewa seperti pakej 1 + 3, pakej 1 +5 dan sebagainya.
PENTING : Anda mestilah membatalkan kontrak terlebih dahulu dengan penyedia rangkaian sedia ada sebelum meneruskan permohonan MNP ke ONEXOX. Jika pelanggan mempunyai talian tambahan (supplementary line) , setiap talian mestilah dipisahkan atau menukarkannya ke pelan prabayar.
Pelanggan Prabayar (PREPAID) :
1. Pastikan anda ialah pemilik nombor tersebut.
2. Sila pastikan nama penuh dan nombor kad pengenalan untuk permohonan MNP adalah sama dengan butiran yang diberikan semasa mendaftar dengan langganan sedia ada.
3. Langganan dalam keadaan aktif. (belum terminated)
4. Pastikan langganan sedia ada mempunyai baki kredit minimum RM2 untuk caj pertukaran Telco ke Onexox.
Untuk MNP, semua maklumat berikut adalah perlu diberikan oleh setiap user :
1. Nama penuh.
2. Nombor kad pengenalan.
3. Alamat lengkap.
4. Nombor telefon yang ingin dikekalkan.
5. Telco asal.
Semasa proses pendaftaran MNP, Pengguna hendaklah membalas mesej kepada telco asal. Berikut adalah SMS yang perlu di balas oleh anda sekiranya anda ingin mengekalkan nombor lama anda ke telco ONEXOX:
CELCOM – YES hantar ke 28882
MAXIS – YES hantar ke 20025
DIGI – Y hantar ke 27676
Tune Talk / Tone Excel – Y hantar ke 2233
UMobile – YES hantar ke 28138
SOALAN-SOALAN LAZIM TENTANG MNP ONEXOX
SOALAN 1 : Saya ingin kekalkan nombor lama, boleh tak saya tukar ke Onexox dengan mengekalkan nombor lama?
Sudah tentu BOLEH. Proses ini kita panggil MNP (Mobile Number Portability)
SOALAN 2 : Bolehkah talian postpaid ditukarkan ke talian prepaid Onexox?
Ya boleh. Ada beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum bertukar ke Onexox.
1. Langganan tersebut dalam keadaan aktif tanpa sebarang tunggakan bil dan tidak terikat dengan apa-apa kontrak oleh penyedia rangkaian semasa.
2. Tanpa sebarang tunggakan bil. Pelanggan mestilah menjelaskan segala bil terkini sebelum memohon MNP.
3. Tidak terikat dengan apa-apa kontrak. Pelanggan tidak melanggan melalui pakej promosi telefon atau pakej promosi istimewa. Pelanggan mestilah terlebih dahulu membatalkan kontrak dengan penyedia rangkaian sedia ada sebelum meneruskan permohonan MNP.
4. Jika pelanggan mempunyai talian tambahan ( supplementary line), setiap talian mestilah dipisahkan atau menukarkannya ke pelan prabayar terlebih dahulu.
SOALAN 3 : Berapa lama tempoh masa yang diambil untuk MNP?
Ianya bergantung kepada kelulusan Telco yang anda gunakan sekarang. Onexox hanya submit permohonan kepada Telco asal dan anda hanya perlu kelulusan dari Telco asal. SOP untuk proses MNP adalah 1 – 5 hari bekerja.
notakaki : bagi pengguna prabayar yang masih mempunyai kredit dan ingin berkongsi kredit kepada nombor lain, sila rujuk tatacara berkongsi kredit seperti jadual di bawah mengikut telco

Isnin, 30 Januari 2017

MNP semasa hari Bukan Bekerja

PERHATIAN : MNP semasa hari Bukan Bekerja ( NON WORKING DAYS)

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengedar/rakaniaga yang dihormati,

********************************
SILA AMBIL MAKLUM!!!

Bermula esok iaitu 28 Jan sehingga 30 Jan 2017,sistem Onesys/MNP akan mengalami masalah (PENDING) sekiranya membuat pendaftaran MNP ( PORT IN - PORT OUT) pada hari bukan bekerja.(CUTI UMUM, Sabtu & Ahad)

Sehubungan dengan itu, Semua para pengedar diminta untuk elakkan membuat Pendaftaran MNP (PORT IN - PORT OUT) pada hari Bukan Bekerja. pendaftaran yg dibuat pada hari cuti akan diproses pada hari berikutnya iaitu hari bekerja.

Pengedar ONEXOX dinasihatkan agar memanjangkan makluman ini kepada semua pengedar yang lain..

Sekian

Harap maklum.

Jumaat, 6 Januari 2017

Jom merembo

Antara FAKTOR kenapa ANDA MESTI buat bisnes ONEXOX(MODAL RM90 JE):

1. Lepas habis belajar, BELUM TENTU ANDA ADA KERJA..
2. Bila ANDA dah kerja, kalau tetibe kena behenti. SIAPA NAK BAGI DUIT?
3. Kalau ANDA SAKIT & TAKLEH KERJA, SIAPA NAK BAYAR GAJI ANDA..?
4. ANDA fikir balik, BEKERJA ITU TAK MENJAMINKAN ANDA "SELAMAT".

KENAPA ONEXOX sebagai laluan perniagaan anda?
1. Bila buat bisnes dgn ONEXOX ANDA TETAP DIBAYAR(10%).
2. Sebab semua orang pakai handphone WALAU DALAM BISNES APA PUN.
3. Sebab TOPUP tu perkara 'WAJIB' utk pengguna handphone.
4. Walau ANDA SAKIT & TERLANTAR DI HOSPITAL, ONEXOX TETAP BAYAR GAJI KPD ANDA..
5. Selagi ANDA jadi pengguna ONEXOX, ANDA TETAP DIBAYAR..!!!!!..

NASIHAT ADMIN :
1. GUNALAH SIMKAD ONEXOX.
2. TUKARKAN KELUARGA PAKAI SIMKAD ONEXOX.
3. TUKARKAN KENALAN PAKAI SIMKAD ONEXOX.
4. Buat lah bisnes ini walau tak suka. BUATLAH, percayalah cakap admin.. admin dah dapat dan sedang menikmatinya skrg...

Kalau anda tak pandai, kami ajar..
Kalau anda tak tahu, kami bagitahu..
Kalau anda tak reti, kami guide..

��������������
Gunakanlah peluang yang best ini untuk hasilkan pendapatan pasif seumur hidup hanya melalui handphone anda.. Tukar, guna dan kongsi boleh dapat DUIT

WhatsAPP admin untuk UNLIMITED DATA,UNLIMITED CALL, UNLIMITED SMS,UNLIMITED INCOME

#RealTelcoBisnes
#OXWDealerTeam
#Passive_Income
#TKKRMotorsport