Isnin, 6 Mac 2017

Bagaimana proses MNP port in ke Onexox dilakukan?

Bagaimana proses MNP port in ke Onexox dilakukan?

Dengan MNP atau Mobile Number Portability, anda boleh mengekalkan nombor telefon anda untuk port in ke Onexox.

Syarat bagi memudahkan proses MNP port in ke Onexox adalah.

1. Anda tidak mempunyai komitmen dengan telco donor, seperti hutang dan kontrak(prepaid/postpaid).

2. Talian donor asal mestilah masih aktif (masih boleh menerima dan membuat panggilan).

3. Mempunyai baki kredit sekurang-kurangnya RM1.

Bagi sesetengah telco (Maxis/TuneTalk), mereka akan menghantar SMS notifikasi bertanyakan sama ada anda benar-benar mahu port out.

Anda perlu membalas sama ada YES(Maxis) atau Y(TuneTalk).

Kebiasaannya, proses port in ke onexox.

Maklumat penting sim kad onexox

1. PERKARA YANG KERAP MNP DI REJECT TELCO ASAL

PREPAID
1) REJECT SP 10
nama dan ic salah
Cara setel: buat semakan melalui sms - tel user @ call centre buat pengesahan

2) REJECT SP 61
tempoh sah kredit tamat
Untuk setelkan: topup rm5 terus buat re/submit mnp semula.

3) REJECT Sp 51
No ada kontrak dengan telco asal
Cara setel; pergi centre minta batalkan kontrak, sekiranya boleh lah..
Maxis - Biasanya bakal User xreply sms YES.
4) Reject sebab tak dapat @ tak reply sms pengesahan tukar telco dari telco asal.
Reject sp 51 maxis
Reject sp 54 celcom
Reject sp 54 tunetalk
Cara setel; resubmit semula dan ingatkan cust reply sms tu.
Kalau xdpt sms, suruh Customer call careline telco Minta telco hantar SMS Port Out..

CARA NAK KEYIN SEMULA BILA KENA REJECT:
1) Buka onesys
2) dealer management
3) mnp resubmit
4) Msisdn - letak no tel bakal User.. Search..
Betulkan mana yg silap dan Submit semula....
Success back end proses.

2. PERKARA ASAS :

3. BERAPA CEPAT TEMPOH MASA UNTUK MNP ?

Ini pertanyaan yg biasa para dealer akan disoal oleh bakal user.

Saya jawab berdasarkan pengalaman saya;

Kalau ikut SOP ialah 5 hari bekerja. Itu SOP @ prosedur kerja nya mnp. Lambat atau cepat bergantung kepada banyak faktor misalnya:

◆ Ketepatan maklumat pendaftaran iaitu nama dan no pengenalan diri user (misalnya no ic. ) pemilik asal pada pendaftaran terdahulu. Jika dahulunya daftar guna maklumat si A dan kini daftar guna maklumat si B maka gagallah MNP itu.

Perlu di ingat bahawa cepat @ lambat proses mnp bergantung kepada pelepasan dari telco asal. Jika telco asal cepat lepaskannya maka cepatlah boleh guna sim onexox.

Ingat ya... ini penting di fahami betul-betul. Lambat atau cepat bukan onexox yg tentukan. Ia di tentukan oleh telco asal. Onexox menadah tangan shj untuk menerima warga baru nya.

Kelewatan juga boleh disebabkan user tidak membalas reply sms dari telco asal. Antara telco asal yg akan menghantar sms dan user wajib reply misalnya ialah Maxis,tunetalk dan digi. Jika tak jawab atau lambat jawab maka gagal lah lagi. Dealer kena resubmit dan tunggu masa lagi utk dilepaskan.

Pernah saya buat mnp yg lulusnya dlm masa 20 minit. Ada yg lulus dlm masa sehari. Ada yg lulus dlm masa 3 hari.

Malah ada yg lebih 1 bulan pun ada baru lepas mnp. Igatkan dah tak lulus. Tup-tup lulus pun akhirnya. Ada yg sehingga 12 kali resubmit baru lulus. Ini rekod peribadi saya setakat ini

Satu cara nak dapat belajar selok belok mnp ialah dengan membuat study terhadap mnp reject-code. Baca sikit dan study lah situ. Pasti anda ada idea nanti untuk nak jayakan mnp.

Lecehnya nak buat mnp ?

Saya jawab begini : Nak kata leceh tu tak lah leceh. Terletak kpd diri dealer. Kalau yg kental tak mudah layu, itu biasa. Itu cabarannya. Tapi tahukah kita bahawa mnp ni menjanjikan pulangan yang SANGAT lumayan dlm nilai insentif dealer.

Pengalaman saya buat mnp ni sehinggakan user marah-marah pun ada. Katanya saya buat mnp lambat dll. Apa boleh buat, kita terima shj lah. Tapi penerangan awal adalah paling penting. Jika user difahamkan betul2 tak ada masalah apa-apa.

Ingat : Tak semuanya dalam dunia ini senang. Tak semua boleh dapat percuma. Susah itu ada manisnya. Percayalah, hanya dealer yang kental dan tak mudah layu sahaja akan mampu mengharungi CABARAN MEMPROSES MNP.

4. MNP Reject Code

SP10 – Nombor Kad pengenalan baru salah. Remark/Resolution : Semak butiran kad pengenalan pemilik asal dengan penyedia rangkaian sedia ada ( Donor asal). Betulkan dan Re-submit semula permohonan MNP.

SP11 – Nombor Kad pengenalan lama salah. Remark/Resolution : Semak butiran kad pengenalan pemilik asal dengan penyedia rangkaian sedia ada ( Donor asal). Betulkan dan Re-submit semula permohonan MNP.

SP12 – Nombor ID polis/tentera salah. Remark/Resolution : Semak butiran Nombor ID Polis/tentera pemilik asal dengan penyedia rangkaian sedia ada ( Donor asal). Betulkan dan Re-submit semula permohonan MNP.

SP13 - Nombor Passport salah. Remark/Resolution : Semak butiran Passport pemilik asal dengan penyedia rangkaian sedia ada ( Donor asal). Betulkan dan Re-submit semula permohonan MNP.

SP51 - Nombor masih mempunyai kontrak dengan donor asal. Remark/Resolution : Semak dengan penyedia rangkaian sedia ada ( Donor asal)samada nombor tersebut mempunyai kontrak atau tidak. Pemilik asal perlu batalkan kontrak sedia ada. Sekiranya Kontrak sudah di batalkan , Re-submit semula permohonan MNP tersebut.

SP52 - Mempunyai akaun tertunggak. Remark/Resolution : Pemilik asal perlu jelaskan pembayaran akaun yang tertunggak dengan Penyedia rangkaian sedia ada ( Donor asal). Jika Boleh, lebihkan pembayaran bil. Sekiranya akaun telah dibersihkan dari tunggakan, Sila Re-submit semula Permohonan MNP.

SP54 - Nombor yg hendak di MNP bukan dari donor yg di daftar. Remark/Resolution : Pemilik asal perlu semak dengan rangkaian sedia ada ( donor asal) samada nombor tersebut adalah betul dari rangkaian yg di daftarkan. Setelah mendapat pengesahan, Sila Re-submit semula permohonan MNP tersebut.

SP55 - Nombor telah tiada perkhidmatan. Remark/Resolution : Pemilik asal perlu pastikan nombor masih aktif dan sah sebelum membuat permohonan utk MNP. Sekiranya nombor telah tiada perkhidmatan, nombor tersebut tidak boleh digunakan lagi.

SP56 - Nombor tersebut iaitu Pemegang Akaun Utama ( Principal Line) mempunyai talian tambahan di bawahnya ( Supplementary Line). Remark/Resolution : Pemegang Akaun Utama mesti pergi ke Penyedia Rangkaian sedia ada (Donor Asal) utk tamatkan talian tambahan dan salah satu nombor dari talian tambahan tadi perlu mendaftar semula utk menjadi Pemegang Akaun utama (Principal Line). Setelah proses berjaya, Permohonan MNP utk nombor tadi boleh di re-submit semula

SP57 – Talian tambahan( Supplementary Line) mempunyai Pemegang akaun utama ( Principal Line) yang perlu di alihkan Remark/Resolution Pemegang talian tambahan perlu mendaftar semula sebagai pemegang akaun utama. sebaik sahaja proses ini selesai, maka mereka boleh meneruskan untuk meminta mengalihkan nombor tersebut.

SP58 – sebahagian atau semua nombor bukan kepunyaan pelanggan atau syarikat utama. Remark/Resolution : Pengguna Talian tambahan (Supplementary Line) perlu mendaftar semula sebagai pengguna Utama ( Principal subscriber) atau sebagai Pengguna individu.sebaik sahaja proses ini selesai, maka mereka boleh meneruskan untuk meminta mengalihkan nombor tersebut

SP59 – Melebihi had Kredit. Remark/Resolution : memastikan penggunaan perkhidmatan yang sedia ada tidak melebihi had kredit yang ditetapkan oleh operator rangkaian semasa.

SP61 - nombor pelanggan dicabut sementara ( Disconnected) –samada secara tidak sukarela dan sukarela. Remark/Resolution : Tanya pelanggan untuk menyemak status talian / Nombor mereka dengan penyedia perkhidmatan semasa. Memastikan nombor masih aktif / dihubungkan dengan pembekal rangkaian semasa sebelum permintaan untuk mengalihkan nombor tersebut.

SP71 - User LAMBAT @ TIDAK membalas sms pengesahan port out daripada donor asal. Remark/Resolution : Re-submit semula permohonan MNP tersebut dan pastikan user membalas sms pengesahan port out dengan kadar segera.

Mpg1659 - Nombor tel yg sama didaftarkan menggunakan lbh dr satu no siri simcard (multiple registration).

5. Kenapa perlu membetulkan APN?

Pernahkah anda tiba2 mengalami masalah sambungan Internet tanpa apa ikon 3G, E atau H walaupun kad sim telah dimasukkan berulang kali. Dan pada masa tersebut ikon signal ada dan penuh (full bar), tetapi tiada ikon tambahan '3G' atau 'H'. Tahukah ikon ini menunjukan Akses Data atau Mobile Data sedang digunakan. Ketiadaan ikon kecil berkemungkinan kesilapan konfigurasi network yg dikenali sebagai APN.

Apakah itu APN & fungsinya ?

Titik Capaian dikenali sebagai Access Point Name (APN) berperanan sebagai konfigurasi perantara yg menghubungkan peranti dengan pelayan (server) telco untuk capaian jalur lebar Internet & akses pelayan MMS. Sesetengah peranti yg Apakah itu APN & fungsinya ?

Titik Capaian dikenali sebagai Access Point Name (APN) berperanan sebagai konfigurasi perantara yg menghubungkan peranti dengan pelayan (server) telco untuk capaian jalur lebar Internet & akses pelayan MMS. Sesetengah peranti yg mempunyai firmware terkini menyimpan database tetapan Telco seluruh dunia. APN ini berubah secara automatik mengikut telco kad sim yg dimasukkan.

Tetapi ada peranti yg menggunakan firmware atau custom rom yg tiada database APN dimana peranti tidak boleh menentukan APN secara automatik selepas kemasukan kad sim. Apabila ini berlaku tetapan APN ini dengan sendirinya 'kosong' dimana peranti gagal membuat sambungan internet. Untuk membetulkan semula APN ia perlu dimasukan secara manual dengan memasukkan nama pelayan mengikut telco kad sim yg digunakan.
Nota ; Apabila suis data (Data Enabled) di buka/ dibenarkan , Kad sim ini akan merujuk konfigurasi APN yg tersimpan untuk sambungan pelayan (server) telco bagi capaian Internet. Akses internet hanya berjaya jika alamat APN menepati pelayan (server) telco.

INTERNET SETTING

Cara setting APN internet Onexox kt phone:
1

.CARA SETTING APN ONEXOX KT PHONE..
nak kasi power lagi speed...

1. Pergi ke Settings - More Settings - Mobile Network - Access Point Names.
2. Klik dibawah dan pilih +New APN.
3. Setkan Name sebagai MY XOX atau ONEXOX
4. Setkan APN sebagai XOX.
5. Klik dibawah dan pilih Save.
6. Klik pada butang APN baru anda sehingga kelihatan tanda hijau.
7. Untuk memantapkan kelajuan DATA, pergi ke Settings - More Settings - Mobile Network - Network Mode.
8. Pilih antara network mode WCDMA only.
9. Restart semula HP. Pergi ke Settings -> More Settings -> Mobile Network -> Access Point Names.
2. Klik dibawah dan pilih +New APN.
3. Setkan Name sebagai XOX.
4. Setkan APN sebagai XOX.
5. Klik dibawah dan pilih Save.
6. Klik pada butang APN baru anda sehingga kelihatan tanda hijau.
7. Kemudian pergi ke Settings -> More Settings -> Mobile Network - Network Mode.
8. Pilih WCDMA atau 3G only.
9. Restart semula HP.

SYARAT-SYARAT SBLM PORT IN KE ONEXOX

SYARAT-SYARAT SBLM PORT IN KE ONEXOX

Pelanggan pasca bayar (POSTPAID)

Pastikan pelanggan itu sendiri ialah pemilik langganan.
Langganan tersebut didalam keadaan AKTIF tanpa sebarang tunggakan bil dan tidak terikat dengan apa-apa kontrak oleh penyedia rangkaian sedia ada.

》》TANPA SEBARANG TUNGGAKAN BIL:
■Pelanggan mestilah menjelaskan segala bil terkini sebelum memohon MNP. Sila semak dengan syarikat telco asal, semak baki terkini sehingga hari ini (unbill amaun). Bayar semua bil dan lebihkan sikit bayaran RM5/RM10 ke atas bergantung pada penggunaan sebab proses mnp ambil masa 1-5 hari waktu bekerja..

》》TIDAK TERIKAT DENGAN APA-APA KONTRAK:
■Pelanggan tidak melanggan melalui pakej promosi telefon atau pakej promosi istimewa. Pelanggan mestilah terlebih dahulu membatalkan kontrak dgn penyedia rangkaian sedia ada sebelum meneruskan permohonan MNP.

Jika pelanggan mempunyai talian tambahan (supplementary line) , setiap talian mestilah dipisahkan atau menukarkannya ke pelan prabayar. Atau, boleh juga port-in sekaligus ke ONEXOX.

Pelanggan Prabayar (PREPAID)

Pastikan pelanggan itu sendiri ialah pemilik langganan.
Pastikan nama penuh serta nombor kad pengenalan utk permohonan MNP adalah sama dengan butiran yg diberikan semasa mendaftar dengan langganan sedia ada.
Langganan tersebut dalam keadaan AKTIF.
Jika sudah tamat tempoh sah, sila buat topup minima RM5 terlebih dahulu.
Jika pelanggan MAXIS, pastikan pengguna respon SMS yang dihantar. Sila REPLY “Y” untuk YES
Jika pelanggan prepaid yang baru beli kurang daripada 3 bulan, berkemungkinan telco asal tidak akan lepaskan untuk port out.

P/s: PROSES MNP (mobile number portability) MENGAMBIL MASA 1-5 HARI BEKERJA DARI TARIKH PENYERAHAN PERMOHONAN DIBUAT. BERGANTUNG PADA SISTEM JUGA.

Ahad, 5 Mac 2017

Hari promote bisnes

Ada orang tanya...!

"Hari2 promote bisnes , tak KAYA2 lagi ke?"
Saya jawab.... Rilek la ��

"Petronas⛽, KFC��, Toyota��, Samsung��, Apple��

Semua syarikat gergasi yg dah KAYA RAYA pun masih buat PROMOSI dan IKLAN sana sini.."������.. Dato Vida pun masih lagi promote produk dia..walaupun duit dah berkepok²..

Apa tah lagi kita2 nih!
Ini kan salah satu marketing..
Jangan berhenti dan terus berkongsi peluang..

Ramai yang melihat dan berminat diluar sana, pasti rezeki anda akan sampai juga.. Paling penting sentiasa BERSABAR��

copy group sebelah........

Perniagaan On9

Nurul Shahira Noor Nasser
PENIAGA ONLINE PATUT BACA����
��Kita jual.. Jangan paksa orang beli..
��Minggu lepas, tak ada sale..SABAR
��Semalam, tak ada sale..SABAR
��Hari nie tak ada sale..SABAR
"AKU DAH PROMOTE TAPI TAK ADA YANG BELI" ��..
Sapa tak sedih + risau kalau tak ada sale..Kan?
Yakin! Rezeki tetap ada cuma cepat atau lambat ja.. Sapa tahu sebulan kemudian, terus masuk order sampai hengg telefon..
Teruskan promote + perbaiki mana yang perlu��..
���� Dalam diam ada orang perhatikan kita jual..
IKHLASKAN DLM HATI ..
FIKIRKAN YANG POSITIF SAJA ..
IN SHAA ALLAH SEGALANYA BAIK² SAJA ..
NIATKAN DLM HATI..
BERNIAGA HARI INI KERANA ALLAH TAALA..
MOGA DI PERMUDAHKAN AMIIN..
AAMIIN
��������
**Sapa peniaga online kat sini komen
"Hai" sikit..
kita geng cari rezeki cara ni ��
#CopyPaste

min..biasalah tu berniaga .on9 ni jimat kos dan modal boleh tahan lama.tapi kalau peniaga diluar leh lari mlm klau tiada pelanggan.

MNP maxis magik

Manciis akan gagalkan user dengan kod sp71.Jika ditendang juga user perlu hubungi dia orang punya khidmat pelanggan bertanyakan tentang status mnp mereka.Jika tidak mbantu juga user perlu buka satu report di aduan.skmm.gov.my .sekian harap maklum.

Sabtu, 4 Mac 2017

MNP CHALLENGE INCENTIVE

# MNP CHALLENGE INCENTIVE #
Bermula Julai 2016, syarikat telah membuat promo insentif tambahan RM3 bagi setiap no MNP selain daripada Celcom. Ingin dimaklumkan di sini bahawa promo tersebut bakal berakhir pada 31 Mac 2017.

Jutaan terima kasih di atas sokongan yang diberikan. Nantikan kejutan-kejutan yang lebih hebat akan datang. Terima kasih. #onexox #otwao