Memaparkan catatan dengan label motivasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label motivasi. Papar semua catatan

Ahad, 5 Mac 2017

Perniagaan On9

Nurul Shahira Noor Nasser
PENIAGA ONLINE PATUT BACA����
��Kita jual.. Jangan paksa orang beli..
��Minggu lepas, tak ada sale..SABAR
��Semalam, tak ada sale..SABAR
��Hari nie tak ada sale..SABAR
"AKU DAH PROMOTE TAPI TAK ADA YANG BELI" ��..
Sapa tak sedih + risau kalau tak ada sale..Kan?
Yakin! Rezeki tetap ada cuma cepat atau lambat ja.. Sapa tahu sebulan kemudian, terus masuk order sampai hengg telefon..
Teruskan promote + perbaiki mana yang perlu��..
���� Dalam diam ada orang perhatikan kita jual..
IKHLASKAN DLM HATI ..
FIKIRKAN YANG POSITIF SAJA ..
IN SHAA ALLAH SEGALANYA BAIK² SAJA ..
NIATKAN DLM HATI..
BERNIAGA HARI INI KERANA ALLAH TAALA..
MOGA DI PERMUDAHKAN AMIIN..
AAMIIN
��������
**Sapa peniaga online kat sini komen
"Hai" sikit..
kita geng cari rezeki cara ni ��
#CopyPaste

min..biasalah tu berniaga .on9 ni jimat kos dan modal boleh tahan lama.tapi kalau peniaga diluar leh lari mlm klau tiada pelanggan.

Jumaat, 3 Mac 2017

Rajin membaca

Dealer2 seharusnya rajin membaca untuk meningkat ilmu.Ia untuk bersedia meningkat ilmu2 dari masa ke semasa supaya senang berurusan dengan semua pengguna dan bakal pengguna,rakan2,dealer2 dan syarikat berkenaan.

Turun merembo untuk menimba dan menambah pengalaman .Menambah pengalaman berdepan dengan pelbagai jenis bakal pelanggan .Belajar cara penerangan closing sales dan bertuah bila berjumpa pelanggan emas.Pelanggan ini terus bila saja tanpa banyak soal dan celoteh.Terima kasih harap datang beli lagi.

Isnin, 16 Mei 2016

Kajian 5 perkara jualan produk.

5 Cara Untuk Memenangi Persaingan Dengan Lebih Efektif

“Ia sememangnya sungguh merisaukan apabila mengetahui produk yang kita jualkan kini mempunyai pesaing..”
.
#1 Perang Harga Bukanlah Segalanya

Tak perlu mengambil pusing sangat jika andai kata harga yang anda tawarkan di pasaran agak tinggi jika dibandingkan dengan harga pesaing anda. Ini kerana bukan semua bakal pembeli atau pelanggan akan melihat harga yang ditawarkan.
Apa yang penting adalah bagaimana kita memberikan penerangan secara jelas dan tepat dengan menawarkan apakah perkhidmatan nilai tambah kepada produk yang ditawarkan. Ini wajib kerana kebiasaannya bakal pembeli atau pelanggan menerimanya bukan disebabkan oleh produk tetapi hanya kerana cara kita menjualnya.

#2 Kenal Pasti Pelanggan & Bakal Pembeli

Jangan menyasarkan secara membuta mengikut nafsu, sasarkan jualan produk anda kepada bakal pembeli atau pelanggan yang sepatutnya sahaja. Anda tidak boleh menjual ubat kuruskan badan kepada orang yang kurus, jadi anda perlu kenali siapakah sebenarnya bakal pembeli produk anda dan ketahui kemahuan mereka.
Mungkin ada satu-satu masa mereka seolah-olah menolak produk jualan anda tetapi percayalah bahawa penolakan itu sebenarnya bukanlah pengakhiran kerana kalau kita cerdik dan bijak serta pandai memberikan sebab-sebab relevan sudah pasti bakal pembeli atau pelanggan pada akhirnya akan menerima juga apa yang kita tawarkan.

#3 Ketahui Sepenuhnya Kelebihan & Kekuatan Produk

Pengetahuan berkenaan dengan produk anda serta pasaran merupakan aset penting yang menentukan kejayaan anda. Tanpa pengetahuan serta ilmu, anda tidak akan ke mana-mana. Usah risaukan pesaing dahulu, risaukan dulu kewibawaan kita adakah kita sudah memiliki pengetahuan yang jelas dan lengkap berkenaan produk dan pasaran atau tidak.
Ini penting kerana jika bakal pembeli bertanya maklumat lanjut berkenaan produk, kita mampu menjawabnya dengan penuh yakin dan keyakinan inilah yang akan membuatkan mereka membeli. Kajilah ilmu serta pengetahuan sedalam-dalamnya berkenaan dengan produk anda bagi mengelakkan kita akan dipandang rendah serta kurang diyakini oleh bakal pembeli.

#4 Kaji Kelemahan & Kekurangan Pesaing Anda

Ada sesetengah pihak yang menganggap bahawa persaingan di pasaran ini ibarat seperti peperangan dan pesaing ibarat pihak musuh yang perlu dikalahkan. Semua ini KARUT!
Anda perlu bersahabat dengan pesaing anda dan bukannya bermusuh dengan mereka. Kita bukan sahaja dapat membina networking bersama mereka tetapi kita juga boleh mengetahui segalanya berkenaan produk mereka termasuklah kelebihan dan kekurangan produk mereka. Anda tidak akan dapat apa-apa jika bermusuh dengan mereka.

#5 Percaya & Yakin Sepenuhnya Pada Produk Anda

Jika kita mahu menjual, kita kena yakin dengan apa yang kita tawarkan.Kita bukannya menjual produk-produk keperluan asas seperti gula, garam, tepung dan sebagainya yang semuanya telah diketahui tanpa perlu penerangan yang mendalam.
Kerana itu kita kena sangat yakin tentang segala keupayaan dan kelebihan yang ada pada produk yang kita mahu tawarkan ini. Jika kita yakin, sudah pasti keyakinan kita tersebut boleh dipindahkan pula kepada bakal pembeli atau pelanggan tanpa ragu-ragu.

Kesimpulannya, jika anda menghadapi persaingan dalam perniagaan anda, ingatlah bahawa usah mudah mengalah dan tidak yakin dengan keupayaan diri serta produk anda. Hilangkan semua unsur-unsur negatif yang menghalang kejayaan anda dan berubahlah menjadi lebih yakin serta lebih berwibawa.

Ingatlah bahawa tiada satu perkara pun yang mudah dan senang melainkan kena tempuh juga melalui dengan segala ketabahan, kecekalan, kesabaran dan ketenangan. Jangan mudah terpengaruh dengan kata-kata orang tapi jadikanlah diri kita terpengaruh dengan hasil kejayaan kita menjual produk yang ditawarkan. Sesungguhnya itulah pendorong dan pencetus semangat kita untuk bertindak ke arah mencari kejayaan yang hakiki.

#Thepowerofkopipes