Memaparkan catatan dengan label tip jualan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tip jualan. Papar semua catatan

Isnin, 16 Mei 2016

Kajian 5 perkara jualan produk.

5 Cara Untuk Memenangi Persaingan Dengan Lebih Efektif

“Ia sememangnya sungguh merisaukan apabila mengetahui produk yang kita jualkan kini mempunyai pesaing..”
.
#1 Perang Harga Bukanlah Segalanya

Tak perlu mengambil pusing sangat jika andai kata harga yang anda tawarkan di pasaran agak tinggi jika dibandingkan dengan harga pesaing anda. Ini kerana bukan semua bakal pembeli atau pelanggan akan melihat harga yang ditawarkan.
Apa yang penting adalah bagaimana kita memberikan penerangan secara jelas dan tepat dengan menawarkan apakah perkhidmatan nilai tambah kepada produk yang ditawarkan. Ini wajib kerana kebiasaannya bakal pembeli atau pelanggan menerimanya bukan disebabkan oleh produk tetapi hanya kerana cara kita menjualnya.

#2 Kenal Pasti Pelanggan & Bakal Pembeli

Jangan menyasarkan secara membuta mengikut nafsu, sasarkan jualan produk anda kepada bakal pembeli atau pelanggan yang sepatutnya sahaja. Anda tidak boleh menjual ubat kuruskan badan kepada orang yang kurus, jadi anda perlu kenali siapakah sebenarnya bakal pembeli produk anda dan ketahui kemahuan mereka.
Mungkin ada satu-satu masa mereka seolah-olah menolak produk jualan anda tetapi percayalah bahawa penolakan itu sebenarnya bukanlah pengakhiran kerana kalau kita cerdik dan bijak serta pandai memberikan sebab-sebab relevan sudah pasti bakal pembeli atau pelanggan pada akhirnya akan menerima juga apa yang kita tawarkan.

#3 Ketahui Sepenuhnya Kelebihan & Kekuatan Produk

Pengetahuan berkenaan dengan produk anda serta pasaran merupakan aset penting yang menentukan kejayaan anda. Tanpa pengetahuan serta ilmu, anda tidak akan ke mana-mana. Usah risaukan pesaing dahulu, risaukan dulu kewibawaan kita adakah kita sudah memiliki pengetahuan yang jelas dan lengkap berkenaan produk dan pasaran atau tidak.
Ini penting kerana jika bakal pembeli bertanya maklumat lanjut berkenaan produk, kita mampu menjawabnya dengan penuh yakin dan keyakinan inilah yang akan membuatkan mereka membeli. Kajilah ilmu serta pengetahuan sedalam-dalamnya berkenaan dengan produk anda bagi mengelakkan kita akan dipandang rendah serta kurang diyakini oleh bakal pembeli.

#4 Kaji Kelemahan & Kekurangan Pesaing Anda

Ada sesetengah pihak yang menganggap bahawa persaingan di pasaran ini ibarat seperti peperangan dan pesaing ibarat pihak musuh yang perlu dikalahkan. Semua ini KARUT!
Anda perlu bersahabat dengan pesaing anda dan bukannya bermusuh dengan mereka. Kita bukan sahaja dapat membina networking bersama mereka tetapi kita juga boleh mengetahui segalanya berkenaan produk mereka termasuklah kelebihan dan kekurangan produk mereka. Anda tidak akan dapat apa-apa jika bermusuh dengan mereka.

#5 Percaya & Yakin Sepenuhnya Pada Produk Anda

Jika kita mahu menjual, kita kena yakin dengan apa yang kita tawarkan.Kita bukannya menjual produk-produk keperluan asas seperti gula, garam, tepung dan sebagainya yang semuanya telah diketahui tanpa perlu penerangan yang mendalam.
Kerana itu kita kena sangat yakin tentang segala keupayaan dan kelebihan yang ada pada produk yang kita mahu tawarkan ini. Jika kita yakin, sudah pasti keyakinan kita tersebut boleh dipindahkan pula kepada bakal pembeli atau pelanggan tanpa ragu-ragu.

Kesimpulannya, jika anda menghadapi persaingan dalam perniagaan anda, ingatlah bahawa usah mudah mengalah dan tidak yakin dengan keupayaan diri serta produk anda. Hilangkan semua unsur-unsur negatif yang menghalang kejayaan anda dan berubahlah menjadi lebih yakin serta lebih berwibawa.

Ingatlah bahawa tiada satu perkara pun yang mudah dan senang melainkan kena tempuh juga melalui dengan segala ketabahan, kecekalan, kesabaran dan ketenangan. Jangan mudah terpengaruh dengan kata-kata orang tapi jadikanlah diri kita terpengaruh dengan hasil kejayaan kita menjual produk yang ditawarkan. Sesungguhnya itulah pendorong dan pencetus semangat kita untuk bertindak ke arah mencari kejayaan yang hakiki.

#Thepowerofkopipes

Ahad, 8 November 2015

Tip jualan

yg sama ja..setel sat ja..cerita yg benda penting ja..

Jika ramai setel sorang2 bg habis..jgn kalam kabut..seorg 15 minit..
jgn cerita DA dn MA.peningkan user sahaja.points user kita gari dulu..kemudian kita setel masalah..

bg no fon kita kan. ada masalah dia boleh call kita.

----------------------
mcm mana nak close subdelaer..dealer

letak diri kita sebagai dealer..
3 benda je nak tau..

OUT-duit nak keluar
IN -dah keluar berapa boleh dapat dan masuk.
HOW-mcm mana nak buat

jika prospek nak jd dealer..tanya ada facebook.Layak..boleh ja buat..

kalau kata nak rembo bagai..bla2..mampus x mau..
cerita benda yg kelebihan dulu

ada modal tak..ada
ada akaun fb tak..ada
lulus..boleh wat punya..

LARANG KERAS
jgn tunjuk onesys..cara nak dftr bagai..jgn tunjuk..nanti pening..

subdealer rm90
out rm90
in 5 sim
0 kredit topup boleh juai

dealer rm278
10 sim
100 kredit topup yg boleh juai

jgn cerita harga 7.80 bagai..
bgtau jual
10 sim boleh 100
eload rm100
baki web 78 je..risiko kecil sahaja..

keuntungan
1.untung simcard
utk cust rm rm10
kita rm7.80

PERINGATAN
pakai ayat customer bukn user..
pakai ayat kita utk bahasa utk gantikan dealer..(mcm kawan tu dah jd dealer..kita bla bla..dah mcm geng)

topup 2%-5%
jgn cakap beli
100 dpt 102
200-208
300-3012
400-420
pening sahaja

YANG PALING STIM!!!
10% nilai topup dr
customer

pen mau kaler..
fokus kat 10 %..
tumpukan ..lagi baik tutup kertas bahgaian lain bg nampak yg 10% tu..

simcard pakai id kita,topup kat mana2 pun x pa..dgn siapa..bila..time tiduq atau keja..(bukatkan points tersebut)

mana
siapa
bila..selagi dia pakai..
kita dapat 10%

tier sehingga 7

testimoni
sebelum ni dealer zuraidi income dalam rm1600..buka tier terus dpt
rm3700..walau 1% tapi cukup masyuk

jgn kata JUAL SIMCARD
kata AJAK BERTUKAR SIMCARD

cth basuh baju..cara basuh semua sama..
ajak nak tukaq sabun/brand je..

JGN kata ayat cari org atau menjual..org kita fobia..haha

tapi memang perlu cari orang sebab duit kat tangan org..haha